KEMBALI


Aku rasa sudah sekian waktunya buat aku kembali menulis di ruangan blog peribadi aku ini dan menceritakan segala kesenangan dan ketidakenakan hati yang ada pada seketul jasad yang masih bernafas ini. Perancangan ini sudah lama dan aku asyik terbuai dengan kerja yang semakin mendesak setelah aku bergelar dewasa ini.

MENGAPA AKU MELAKUKAN BLOG YANG BARU?

Kerana realiti-ice.blogspot.com begitu tersemat pelbagai perasaan yang kurang indah serta kenangan lama di sana begitu membuatkan aku terasa kehangatan perit yang lama. Jadi biarlah blog ini sebagai permulaan baru buat aku untuk mendeklamasikan segala apa yang terbuku di jiwa yang meronta.

Wahai kawan yang membaca, doakan aku agar dapat menulis segalanya di sini dan kerap menulis ketika aku gembira dan terluka. Terima kasih kerna sudi berkawan dengan aku wahai kawan yang tidak pernah berjumpa tapi dekat di hati, inshaaAllah.

Comments

Popular posts from this blog

KENAPA BLOG?