KENAPA BLOG?
Assalamualaikum dan hai. Dah lama rasanya aku tak berblogging. Ada juga tanya dengan aku, kau dah kena sampuk ke? Sebab tiba-tiba je mood blogging datang balik. Aku malas nak layan. Sukahati akulah. Haha. Sebenarnya aku blogging atas sebab beberapa faktor. Aku tahu aku sudah ada telegram channel di telegram.me/thefaizibrahimchannel di mana di situ aku lebih dekat dengan pembaca aku. Tapi bagi aku, di sana mereka mahukan ayat-ayat penambah semangat dan perkongsian ilmiah sedikit dan di mana di blog aku ini, aku lebih mahu ceritakan mengenai perjalanan kehidupan aku, kejayaan yang aku kecapi, gambar-gambar aku. Ianya lebih berbentuk peribadi sedikit. Bukan untuk riak, tapi sebagai pemberi semangat buat insan yang sentiasa tanya bagaimana aku bermula dan lain-lain. AKU SEBENARNYA SEORANG BLOGGER DULU Ramai tak tahu, aku bermula dengan seorang blogger dahulu di mana aku mula blogging sejak umur aku 18 atau 19 tahun sehinggalah 22 tahun. Selepas itu, aku macam malas dah sebab